Monday, September 24, 2007

CHAR KOEW TEOW

Untuk masak seorang
1 Senduk kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang putih (potong halus2)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang (kalu nak lebih lantak koranglah...)
1 Sudu cili (boh @ giling)
1 Gengam Koew Teow (kalau boleh beli yang paling halus)
1 Gengam taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit kucai

Cara-Cara Memasak
1) Panaskan minyak.
2) Masukkan udang + bawang + koew teow + cili pas tu kacau selama 10 second.
3) Masukkan taugeh + kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4) Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak tak de kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak: 40 second (tengok besar mana korang pasang api).
Hidangkan dengan segera... bila dah sejuk keow teow nie nanti nampak beku (telur beku)

LONTONG

Bahan-bahannya

Nasi impit secukupnya

** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.

Sayur lodeh

Sambal kacang

Serunding kelapa

Cara Menyediakannya

1. Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk.

2. Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh.

3. Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal telur rebus, ayam masak merah dsb.

4. Hidangkan panas-panas.

Sayur lodeh

300gm udang hidup, buang kulitnya

2 bijilada merah,

1 biji bawang besar, dimayang

2 ulas bawang putih,

5 ulas bawang merah,

1 inci kunyit hidup dan

segenggam udang kering ditumbuk

2 batang serai, dititik

minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya - dipotong kecil mengikut suka

1 batang karot

1 ikat kacang panjang

½ biji kobis

1 biji sengkuang

3 keping tempe, digoreng

3 keping tauhu digoreng

2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya

1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi.

2. Masukkan udang dan kacau hingga udang masak.

3. Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Sambal kacang

RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat

sedikit minyak untuk menumis

sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus

garam dan sedikit gula merah

santan pekat ½ biji kelapa

Bahan ditumbuk halus

10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

sedikit belacan

2 batang serai

sedikit lengkuas dan halia

2 biji buah keras

Cara Memasaknya

1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis. Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga garing. Bila telah garing, masukkan garam dan gula serta ketumbar jintan tadi.

2. Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan kacang tanah goreng tadi. Kacau hingga pekat dan pecah minyak.

3. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk Serunding kelapa

½ biji kelapa parut

garam, gula dan serbuk perasa

sedikit air asam jawa

minyak untuk menumis

Bahan tumbuk

1 batang serai

5 - 6 biji lada kering - lebihkan jika suka pedas

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

sedikit kunyit, lengkuas dan halia

sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis

segenggam udang kering atau ikan bilis

sedikit belacan

Cara menyediakannya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi.

2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering.

4. Sesuaikan rasa dan angkat.

OPTION

From: "shikien" shikien@sapura.com.my

Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaalah saya boleh bagi cara yang biasa saya buat. Simple aje janji udang kering banyak dan campurkan juga udang basah dan sotong rendam.

Sayur yang dipakai jangan merapek taruk macam-macam. Yang penting

· tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),

· perut tahu dan su'un direndam,

· carrot potong dalam 1 1/2",

· kobis, kacang panjang,

· lada merah belah dua (up to you banyak mana),

· tahu digoreng dan potong empat,

· dan last campur cendawan yang kerinting warna hitam, some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

Cara

1. Bawang merah tengok banyak mana you masak, blend sekali dengan udang kering.

2. Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan diatas. Tak payah tumis.

3. Masukkan santan cair dan last santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.

4. Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit so cantiklah rupanya nanti. Insayallah jadilah kuah lodeh tu nanti. Kalau tak jadi inform I ya. Selamat mencuba.

Wednesday, September 19, 2007

LAKSA PENANG

1 bungkus laksa (basah/kering) - dicelur dahulu

1 kati ikan curut/sardin (ikan temenung pun boleh tapi tak berapa sedap)

15-20 biji cabai kering - dikisar

2 biji bawang besar- dikisar

1 batang serai - dikisar

Sedikit belacan - dikisar

Sedilit asam keping/asam jawa

1 biji timun

1 pokok daun salad

Sedikit daun pudina & daun cenohong

1 biji bunga kantan

1 biji cili hijau & cili merah

1 biji bawang besar

Garam

Cara-caranya :-

1. Ikan dibersihkan terlebih dahulu dan direbus.

2. Keluarkan ikan dan asingkan isi ikan dengan tulang.

3. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk yang lain dan bolehlah nyalakan api.

4. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

5. Masukkan pula sedikit bunga kantan (dengan batangnya sekali) serta daun cenohong. Perah air asam atau masukkan asam keping.

6. Tulang ikan dikisar halus dan ditapis ke dalam periuk tadi.

7. Akhir sekali masukkan isi ikan ( boleh juga dikisar ) serta garam.

8. Laksa yang telah siap dicelur bolehlah dimasukkan timun, daun salad, bawang besar, cili, daun pudina serta bunga kantan yang telah dihiris halus.

OPTION

Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama dengan bahan lain. Bukan apa untuk wangikan. Tapi kalau kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai. Tapi kalau masuk pun tak der masalah.

Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .Ni petua yang saya dapat dari penjual laksa sendiri . Asam keping ialah untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam dan juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam sangat

Friday, September 14, 2007

LAKSA ASAM PULAU PINANG

1 bungkus laksa - direbus hingga lembut, kemudian dibasuh dengan air sejuk dan toskan

Hiasannya

Timun, salad, bawang besar, daun ceylom dan pucuk gajus dihiris halus

Cili padi atau cili merah, dihiris halus

Sedikit daun pudina, petik daunnya sehelai-sehelai

Limau nipis, telur rebus dan sedikit petis yang dicampur sedikit air panas

Kuahnya:-

1 kg ikan kembung atau tamban- lebih sedap jika guna ikan parang, direbus dengan 1liter air bersama dengan 5 keping asam keping dan garam, asingkan tulang dan isinya kemudian dikisar. Air tulangnya hendaklah ditapiskan.

1 ikat daun kesum, ambil daunnya sahaja

1 kuntum bunga kantan, belah dua

Sedikit air asam jawa

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan perencah (dikisar lumat)

10 biji bawang merah

5 biji bawang putih

10 - 15 biji cili kering

1 batang serai

sedikit kunyit dan halia

1 keping belacan - dibakar

Cara Memasak

1. Didihkan air rebusan dan air tulang ikan tadi bersama bahan perencah, air asam jawa/asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam dan serbuk perasa.

2. Bila rempahannya telah masak, masukkan isi ikan dan renehkan atas api kecil selama 1 jam.

3. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama-sama laksa dan ulamannya.

Acar Jeruk Buah-buahan

Acar Jeruk Buah-buahan

Bahan:
4 biji jeruk limau kasturi
5 biji mangga jeruk kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 biji buah prune kering
4 biji cili merah } dibuang biji dan
4 biji cili hijau } dipotong memanjang
1 sudu kecil campuran jintan putih + jintan manis
1 camca ketumbar
1/2 camca lada hitam
2 sudu besar cuka
2 inci halia dimayam memanjang
1 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya

* buah2 asam yg lain boleh dimasukkan mengikut citarasa masing2.

Cara2:
1. Campurkan jintan, ketumbar dan lada hitam dan ditumbuk hingga halus.
2. Panaskan minyak dlm kuali. masukkan bhn yg ditumbuk tadi. Goreng hingga garing dan pecah minyak. masukkan cuka.
3. Setelah itu masukkan jeruk kering yg telah disatukan. Kemudian masukkan segelas air sejuk.
4. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang berulas serta halia yg telah dimayam. Masukkan pula garam dan serbuk perasa dan gula. kacau dan biarkan kering.

* Acar ini boleh disimpan hingga 2-3 bulan...

Selamat mencuba :-)

Acar Ikan Tongkol

Acar Ikan Tongkol

Bahan-bahannye :
Ikan tongkol - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
1 biji Timun - di kerat-kerat anggaran 3 atau 4 ketul. Kemudian belah dua, buangkan isi nye belah kecik kecik (ikut panjang timun tuh) dalam 1 jari. Kemudian di basuh dan di gaul dengan sedikit kunyit buat seketika.

Bahan A
1 atau 2 inci Halia - dimayang
3 atau 4 biji Bawang kecil - juga di mayang
3 biji Bawang putih - di mayang
10 - 15 biji Cili Api (boleh tambah kan kalau suka pedas)
2 atau 3 biji Bawang besar (belah empat)
2 sm Cili kering + bawang besar yang diblendkan
Cuka
Sedikit air / garam

Cara-cara nye:
1. Tumis kan bahan yang telah dimayang. Bila agak kekunigan masukkan pula kisaran bawang dan cili kering.
2. Tumiskan lagi sampai pecah minyak, masukkan pula cuka, air dan garam mengikut rasa dan sedikit air.
3. Lepas tu masukkan ikan tongkol dan kacau lagi. Di sini rasalah masam/masin nye kuah kite tuh.
4. Bila dah memuaskan, akhir sekali masuk kan timun sekali dengan cili api and bawang besar yang telah dibelah 4 tadi.
5. Jangan masak terlalu lama kerana nanti timun dan bawang tadi akan lembik. Cukup sekadar seketika saje. Dan boleh di hidang kan .

Makan dengan nasi panas dan telur asin.
Selamat mencuba.

ACAR BUAH-BUAHAN

Acar Buah-Buahan

Bahan-bahanya
4 biji limau nipis/kasturi jeruk
10 biji belimbing buluh jeruk
20 biji cermai jeruk
5 biji mangga muda jeruk
1 cawan kismis
5 biji buah pala jeruk
1 mangkuk kecil halia jeruk
10 biji prune
250gm buah asam boi - warna merah
5 biji buah bidara jeruk
20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
sedikit bijan goreng
1/2 botol kecil cuka putih
2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
sedikit bijan goreng

5 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
1 cawan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi. kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
2. Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka. bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah hingga pekat dan agak kering.
3. Akhir sekali, masukkan bijan goreng. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

ps : Acar tahan disimpan selama dua minggu.

Selamat mencuba.