Monday, September 24, 2007

LONTONG

Bahan-bahannya

Nasi impit secukupnya

** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.

Sayur lodeh

Sambal kacang

Serunding kelapa

Cara Menyediakannya

1. Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk.

2. Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh.

3. Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal telur rebus, ayam masak merah dsb.

4. Hidangkan panas-panas.

Sayur lodeh

300gm udang hidup, buang kulitnya

2 bijilada merah,

1 biji bawang besar, dimayang

2 ulas bawang putih,

5 ulas bawang merah,

1 inci kunyit hidup dan

segenggam udang kering ditumbuk

2 batang serai, dititik

minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya - dipotong kecil mengikut suka

1 batang karot

1 ikat kacang panjang

½ biji kobis

1 biji sengkuang

3 keping tempe, digoreng

3 keping tauhu digoreng

2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya

1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi.

2. Masukkan udang dan kacau hingga udang masak.

3. Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Sambal kacang

RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat

sedikit minyak untuk menumis

sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus

garam dan sedikit gula merah

santan pekat ½ biji kelapa

Bahan ditumbuk halus

10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

sedikit belacan

2 batang serai

sedikit lengkuas dan halia

2 biji buah keras

Cara Memasaknya

1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis. Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga garing. Bila telah garing, masukkan garam dan gula serta ketumbar jintan tadi.

2. Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan kacang tanah goreng tadi. Kacau hingga pekat dan pecah minyak.

3. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk Serunding kelapa

½ biji kelapa parut

garam, gula dan serbuk perasa

sedikit air asam jawa

minyak untuk menumis

Bahan tumbuk

1 batang serai

5 - 6 biji lada kering - lebihkan jika suka pedas

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

sedikit kunyit, lengkuas dan halia

sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis

segenggam udang kering atau ikan bilis

sedikit belacan

Cara menyediakannya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi.

2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering.

4. Sesuaikan rasa dan angkat.

OPTION

From: "shikien" shikien@sapura.com.my

Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaalah saya boleh bagi cara yang biasa saya buat. Simple aje janji udang kering banyak dan campurkan juga udang basah dan sotong rendam.

Sayur yang dipakai jangan merapek taruk macam-macam. Yang penting

· tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),

· perut tahu dan su'un direndam,

· carrot potong dalam 1 1/2",

· kobis, kacang panjang,

· lada merah belah dua (up to you banyak mana),

· tahu digoreng dan potong empat,

· dan last campur cendawan yang kerinting warna hitam, some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

Cara

1. Bawang merah tengok banyak mana you masak, blend sekali dengan udang kering.

2. Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan diatas. Tak payah tumis.

3. Masukkan santan cair dan last santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.

4. Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit so cantiklah rupanya nanti. Insayallah jadilah kuah lodeh tu nanti. Kalau tak jadi inform I ya. Selamat mencuba.

No comments: